Adik Yatim dan Orang Tua

Saturday, October 13, 2012 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...

Korang pernah tak didatangi adik2 yang dalam lingkungan usia 7-15 tahun...datang meja ke meja dekat restoran or rumah ke rumah....cara diorang sama je, nak jual cd agama atau surah yassin then minta derma ikhlas untuk rumah anak yatim tertentu... Pernah jugak tak korang ke pasar malam, pasar raya....mana2 jelah yang jadi tempat tumpuan orang ramai, mesti akan ada kehadiran susuk tubuh tua yang sepatutnya pada usia seperti itu dijaga dab berehat di rumah melayan cucu....tapi hakikatnya, mereka menadah bekas kosong dengan wajah serba kekurangan...


Jujur aku cakap, kehadiran mereka bukanlah sesuatu yang menyenangkan bagi ak...yelah, anak yatim yang masih kecil dan orang tua yang tidak berdaya terpaksa menadah tangan untuk teruskan hidup...Alhamdulillah orang Malaysia sememangnya pemurah, tapi masalah sekarang sifat pemurah kita ni menyebabkan makin ramai berminat untuk menjadikan bidang meminta sedekah sebagai satu pekerjaan profesional....

Pernah rumah ak didatangi budak lelaki dalam umur 13 tahun...bagi salam dan bercakap sopan, nak jual cd islamik, ada zikir itu ini...ak tolak dengan elok...then die cakap kalau ak nak derma ikhlas pun boleh...ak tanya dari mana, rumah anak yatim katanya...ak cakap xpe, nanti ak datang sana derma terus...ak mintak alamat, die keluarkan satu kertas yang dah siap dilaminate ada alamat, siap dengan gambar rumah anak yatim tu....apa yang mengejutkan alamat tu dari negeri sembilan n rumah ak dekat ipoh..jauh rasanya kalau sekadar nak minta derma macam tu...ak tanya lagi macam mana boleh sampai sini, n budak tu cakap dia naik van dengan budak2 lain...terus ak senyum menandakan ak menolak secara baik...dia faham dan terus beredar ke rumah sebelah...

Bukan ak takmau derma, apalah yang nk dikedekutkan sangat sebab ada rezki orang lain dalam rezki kita...tapi bila hal macam ni berlaku, aku rasa korang pun ak terfikir...kenapa sejauh tu diorang nak minta derma...rasanya ada orang pergunakan diorang, ak kenal benar dengan rumah anak yatim kawasan ipoh sebab mak dah biasa bawak ak n adik beradik berbuat sedikit amal dengan diorang...sebab tu ak ckp nk dtg sendiri...entahlahh...moga budak tu selamat dan tak dipergunakan orang2 yang tak berotak...

Itu kes budak, kes orang tua pulak....selalunya yang ak jumpa dekat pasar2 adalah mereka yang cacat fizikal macam buta or kudung kaki tangan... Pernah terfikir tak korang, macam mana diorang boleh sampai situ...siapa yang bawak diorang, anak2 yang letak ke, xpun saudara...atau mungkin sindikit....ntah...ak memang selalu tertanya soalan macam tu...

Bagi aku, tak salah untuk kita menderma...tapi biar pada tempat yang betul, biarlah derma yang kita beri disalurkan pada tempat yang betul kan... So sekarang apa pendapat korang, sebenarnya apa masalah kita sekarang ni...anak2 yatim yang minta derma atau orang tua lemah yang menadah tangan untuk terus hidup..atau mungkin kita terlalu baik untuk membiarkan saja semua ni terus berlaku...entah...

Potpetpotpet : orang pernah cakap, lebih baik diberi pancing dari diberi ikan...sama2 fikir ya... :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...