Sopan??? Tidak di jalanraya Malaysia

                            Assalamualaikum...

Adalah suatu kebiasaan kalau awal pagi atau petang khususnya dr jam 8 sehingga 5 jalan raya di Malaysia akan dipenuhi dengan ribuan kenderaan yang membawa warga Malaysia pergi ke tempat kerja. Dan sudah jadi kebiasaan juga pada ketika inilah ramai pemandu yang hebat mula menunjukkan taring masing-masing...tiada lagi rasa hormat sesama sendiri....

Alasan yang sering diberikan...sudah lewat, sudah lambat untuk ke tempat kerja...kadang2 ak sendiri terfikir....kereta mahal tapi tak mampu nak beli jam loceng semurah rm2 di pasar malam???? Tapi, takkan lah handphone mahal2 pun tak mampu nk kejutkan diri. Bagi aku semua ni bermula dengan sikap kita sendiri...

Jalan raya yang mempunyai dua laluan mula dijadikan tiga, yang kereta mula menjadikan laluan motosikal sebagai laluan alternatif sebagai jalan pintas dan yang motosikal pula, belum sempat lampu isyarat bertukar hijau sudah awal lagi bergerak itu belum lagi dengan kenderaan berat seperti bas dan lori yang sememangnya pada aku sangat kurang sopan...dengan selamba laju meredah jalanraya tanpa memikirkan keselamatan orang lain....

Bagi yang memandu perlahan pula akan di"hon" sebanyak mungkin dan perkara ni selalu berlaku pada mereka yang baru belajar memandu..kadang2 aku terfikir, mereka yang gemar membunyikan hon kepada mereka yang baru belajar memandu memang tidak pernah mengalami situasi sama ke??? Aku rasa, semua orang yang pertama kali memandu akan memandu dengan perlahan...dan disebabkan itu kerajaan dah sediakan laluan laju dan perlahan..tak susah sebenarnya nak ikut peraturan tapi kita yang menyusahkan peraturan tu...

Bagi ak sendiri, 1 perkara yang ak lihat pemandu Malaysia suka lakukan adalah dengan tidak memberikan lampu isyarat sewaktu hendak membelok ke kiri atau kanan...kereta mahal tapi tidak disertakan lampu isyarat kah??? Atau kerana kereta terlampau mahal sampai x sanggup hendak mengunakan lampu isyarat tu.Mungkin perkara ni remeh bg sesetengah orang, tapi bagi ak sangat penting sebab cuba bayangkan kita sedang laju mengikut dari belakang dan tiba2 kenderaan di hadapan hendak membelok...sempat ke kira hendak melakukan break kecemasan dengan selamat??? Ak tak pasti dengan jawapan korang, apa yang ak pasti aku tak suka sebab menyusahkan aku...

Agak2 sampai bila perkara macam ni nak berlaku...bukan apa, negara kita makin maju...jalan raya pun hebat setaraf negara maju tapi kenapa sikap pemanduan warga Malaysia masih x maju2??? Kalau macam ni tak guna kempen balik raya selamat yang dijalankan tiap tahun....dari Ops Sikap ke Ops Selamat...hanya nama ditukar,tapi natijahnya perkara sama tetap berulang...

Apa2 pun ak nk ucap tahniah kepada kerajaan dan polis diraja malaysia sebab ada jugak inisiatif untuk mengawal kadar kemalangan terutama pada musim perayaan macam ni...kemalangan sebenarnya boleh dielak biarpun tidak berbau, dengan syarat ubah sikap kurang sopan yang makin berbau...

Potpetpotpet : pagi tadi lori ikut laluan motosikal (= =")

Popular Posts