Awas!!! Kerana status, rumah binasa

Thursday, August 09, 2012 Nizam Riadzi 0 Comments

                   Assalamualaikum...

Alhamdulillah, insyaAllah dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. So dalam minggu2 terakhir ramadan ni jalan raya akan makin sesak dibanjiri dengan kenderaan warga kota yang nak pulang beraya di kampung...itu blom lagi time shoping nak buat persiapan kelengkapan beraya kan...

Dalam kita bergembira, jangan dilupa bahaya yang ada disekeliling. Kalau jalan raya kita tahu punca bahaya, macam mana pulak dengan laman sosial macam Facebook, Twitter, Blog n macam-macam lagi tu...

Memang tak dapat dinafikan kebanyakan kita hari ni dah memiliki smartphone yg membolehkan kita mengakses laman sosial dimana saja.Tapi sedar tak kita dengan bahaya yang mengundang tiba??? Kita mungkin terasa seronok untuk beraya di kampung sehinggakan hmpir tiap sejam akan update status lokasi di mana anda berada...bagi kita, benda ni adalah sekadar perkongsian dengan rakan-rakan tapi bagi penjenayah...ini adalah status REZEKI yang dinanti2.

Kita mungkin terleka sehingga mengupdate status mengatakan kita pulang beraya dan tiada di rumah untuk beberapa ketika, tapi saat itu jugaklah bahaya dan keselamatan rumah kita kian menjadi taruhan...

Penjenayah yg hebat dalam dunia siber akn dapat membaca setiap gerak geri kita melalui status yg dipost, dan ini sebenarnya memudahkan urusan mereka untuk melakukan kegiatan rompakan.

Pada aku, cukup sekadar kita membuat ucapan Selamat Hari Raya dan x perlu disertakan sekali kita akan beraya di mana atau berapa lama sebab tak mahu kerana status, rumah tergadai!!!!

   Potpetpotpet : terlalu baik hati sampai update status untuk si perompak...

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...