Buruk Baik Keputusan Membenarkan Handphone Dibawa Ke Sekolah

Monday, July 16, 2012 Nizam Riadzi 0 Comments

Assalamualaikum...


Memang tak dinafikan zaman sekarang nie handphone tu dah jadi suatu perkara WAJIB ADA dan AMAT PENTING bagi kebanyakan kita...n rata2 rakyat Malaysia sendiri 2 dari setiap 3 orang akan memiliki telefon bimbit sendiri. Telefon bimbit menjadi suatu trend dan semakin digilai apabila kebanyakan telefon terkini memiliki applikasi2 yang bersesuaian dgn kemudahan masa kini kerana ianya bukan sahaja terhad sebagai alat untuk berhubung, tetapi sebagai alat capaian internet dan sosial maya.

Keputusan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah bagi aku ada buruk baiknya. Pihak kementerian sendiri seperti disiarkan Buletin Utama TV3 td ada menyatakan keputusan membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah atas faktor keselamatan. Kita sedia maklum kes2 culik dan pelbagai masalah lain mungkin terjadi dan diharapkan dengan adanya telefon bimbit ianya dapat menjadi alat penghubung sewaktu kecemasan. Selain tu, ak lihat dengan adanya telefon bimbit ianya akan membantu pelajar untuk semakin mahir dalam dunia siber (tapii, sekolah ada masa nak bagi pelajar main handphone ke??? bukan tiap sekolah sudah ada makmal komputer untuk pembelajaran ict???)

Tapi, jangan lupa banyak sebenarnya implikasi yang buruk mungkin timbul kalau benar keputusan membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah dijalankan mulai tahun 2013 nanti. Bagi aku, kita semua boleh lihat kesan2 negatif yang mungkin timbul..yang paling mudah untuk diperkatakan adalah faktor keselamatan itu sendiri.

Bagi aku, faktor keselamatan akademik pelajar berada dalam keadaan bahaya...atau lebih kepada 50/50 sebab akan berlaku kes guru mengajar di depan, pelajar berTWITTER/FACEBOOK di belakang. Perkara seperti ini sememangnya telah berlaku kini. Apa yang lebih membimbangkan aku, keselamatan diri pelajar2 itu sendiri...cuba bayangkan sekarang nie pun sudah ada kes dera yang membabitkan pelajar dirakam secara berbogel...inikan pula bila semakin ramai yang memiliki handphone dan dibawa ke sekolah....guru mengajar di depan, pelajar saling berBLUETOOTH video lucah di belakang...malah macam2 perkara tidak elok boleh dikongsikan..Aku jugak risaukan keselamatan harta benda pelajar tu sendiri, zaman dulu paling mahal handphone dalam rm500, tapi sekarang kebanyakan pelajar memiliki handphone secanggih Iphone mahupun Galaxy S3 yang harganya mencecah ribuan ringgit. Sekiranya harta benda mereka hilang, ianya akan menyusahkan pihak sekolah dan sudah semestinya pihak guru akan dipertanggujawabkan dan lebih membebankan bila ada ibu bapa yang bersikap keras kepala dengan terus menyaman pihak sekolah kerana KECUAIAN menjaga HARTA BENDA PELAJAR???

Cukup2lah nak dibebankan peranan seorang guru tu...mereka dah cukup berjasa dengan memberikan ilmu, jangan dibebankan pulak dengan tugasan menjaga barangan dan maruah pelajar....mungkin guru mampu melenting marah dengan peraturan yang ditetapkan kepada pelajar, tapi kalau sekadar 30-50 guru dalam satu sesi yang memiliki kapasiti pelajar hampir 1000 orang, mampukah mereka hendak mengawal semuanya????

Aku sendiri tak pasti dengan keputusan nie sebab ada buruk dan baiknya....dan yang jelas bagi aku, perkara nie perlu betul2 diperhalusi lagi sebab aku tak mahu kerana handphone taraf akademik negara semakin menjunam jatuh...cukup2lah isu hendak membenarkan pelajar lepasan ijazah sarjana muda hanya dibenarkan memohon pekerjaan yang setaraf spm....hemmm...kerajaan hendak memajukan atau menjatuhkan akademik anak bangsa sendiri??? aku tak pasti...kata korang...

potpetpotpet : lepas nie ramai la budak sekolah benci aku...sob3

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...