Surah Al-ikhlas??? mmm...power sangat ke pownnn

Thursday, January 05, 2012 Nizam Riadzi 0 Comments

                                                      Assalamualaikum...

Just now after blogwalking i found this interesting info about surah Al-ikhlas... i believe everyone did know about this surah isnt. So, i guess i dont have to explain more about it, just wanna shared some interesting fact that maybe some of us didt know...btw, sorry if the title make some of you fells unnesy wokehh...




Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismillahirrahmannirrahi m’

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
  
Ok, for me..its good for you guys to practice this everytime before you wanna start to do anything cause its will help to HALAU all iblis and syaitan that got inside our body and around us, that setan will goes out berlari keluar like cacing kepanasan termakan durian lebey....

I wanna ask you guys, usually la kan, if balik rumah tu..nak masuk rumah tu do you guys baca ayat kat atas? emm, if not..after reading my blog hope u do it ok...^^ ..ok after that baca surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) 3x times ok..jangan malas2..

Masuk rumah wit kaki kanan, kalau ade gayung or cebuk kat depan pintu umah ala2 umah kampung dedulu nuhh, lagi bagus..cuci kaki dulu..kasi bersih sikit... and dont forget mulakan langkah dengan membaca bismillah…

Nih nak tanya lagi nihh, selalu masuk umah ade bagi salam tak??? ke pakai main redah samseng jerkk masuk..tau la umah sendiri kann, but its gonna be even better if you guys beri salam. If ada orang dalam rumah, they will answer it back...and if xde pon..dont worry dear  malaikat rumah kan ada, they willing to answer it back. Solat, hemm..dalam solat kita ada bagi salam kan...so amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat will help us to answer persoalan kubur nanti....kat sana xde multiple choice question...direct mari..huhuhu...wallahulam...

When malaikat memberi salam, someone yang jarang-jarangggg mendirikan solat will having some problem to answer the salam BUT for those that always remember and jaga solat tu, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat will help their self to answer the salam that been given by malaikat.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
‘Barang siapa membaca Qul huwa’llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’.
 
Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu hatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
 
Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran… Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan…

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya:-

Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali, selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya. .

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
 
p/s: if korang rasa ini sesuai utk dikongsikan..sudi2lah tekan button tweet n shared kat bawah nie ye..moge same2 dapat ilmu keberkatan nihh....^^ "Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain"
 

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...