Yang satu tu jugak tak habis-habis dibaca..hemmm

Saturday, December 31, 2011 Nizam Riadzi 1 Comments

                                                            Assalamualaikum...

Evening....tinggal berapa jam je lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya..uhukk..so sad...the new year of 2012 ak sambut dengan buku-buku ini semua...but bile difikirkan balik..nice actually, pecah sejarah...hahaha...



Ape yang satu x habis-habis dibaca??? What whit the title...the story behind it...huhuhu..nothing important actually...just wanna share buah fikiran yang tetibe menyoal hati...

Sekarang nie budak2 ramai yang cerita pasal ombak rindu...sebelum nie Nora Elena..n sebelum2 tu lagi...belum masuk novel2 omputih macam Harry Potter, Narnia, Twillight....huhuhu....semua pun novel...n it just a book....buku yang tebal yang kadang2 tu boleh buat kita terleka dibuai bait2 kata indahnyaa...

Tak cakap orang lain...I will say this on my on self...ak sendiri minat bace novel...but novel yang macam Harry Potter tu lahh..if korang datang rumah ak..goshhh...full set of Harry Potter book...x termasuk Narnia, The Goblets bagai...huhuh....n its still a book....n dalam banyak2 buku kat rumah aku tu...ak terperasan ada senaskah buku usang yang setia menanti ak untuk menyelak2 helaian demi helaian puisi cintaNya...Al-Quran...



Siapa dekat sini berani cakap die baca Al-Quran lebih banyak dari novel yang dibeli...kalau novel ada 10 buah..dia dah baca Al-Quran lebih dari 10 kali dalam tahun tu...hemmm....ada, tapi x ramai...sorry..but its the fact..sama la aku pon..x cakap orang lain...

Kadang-kadang kan...macam dah jadi amalan pulak...nak baca Quran tunggu time Nuzul Quran, ataupun time majlis2 tilawah..nak lagi sedap tunggu bulan Ramadhan...berlipat kali ganda pahala katanya...Ok, Alhamdulillah syukur KALAU KITA DIBERI KESEMPATAN..but what about if we X SEMPAT....are you sure that u will celebrate the next RAMADHAN again???

Nope...thats the totally rite answer..if ade yang jawab YES...ok, x tau nak cakap ape...Janji Allah itu pasti...dia xkan melewatkan atau mencepatkan masa kita mati...so, sendiri faham kan maksud aku... 

Baca novel Ombak Rindu boleh buat kita menangis, baca novel Ketika Cinta Bertasbih...aduiii, rasa nak runtun jiwa nihh...sebab ape, sebab kite betul2 mendalami dan menyelami setiap bait2 kata yang dikarang....but do we do that when reading Al-Quran...huhuhuhu....im not sure....

Jujur aku cakap ak pernah menangis bila baca Surah Yassin...i dont know why, but tiba2 je rasa sebak...n bagi aku tanggisan macam tu adalah tanggisan yang diredhai Allah.... Aku pernah terbaca satu artikle, lelaki sukar untuk menangis namun dia akan menangis hanya pada insan yang dicintai dan apabila membaca ayat2 suci Al-quran... for me, its true...

Memang lahh bait2 kata dalam Al-quran tu kadang2 sukar untuk difahami, tapi itu bukan alasan untuk tidak kita pelajari...sesiapa yang ada ipad,galaxy tab bagai tuhh..boleh gunakan kecanggihan itu untuk membacanya...betul, ak x tipu..galaxy tab n handphone ak ada applikasi al-quran...siap ada terjemahan....boleh download free je...tak salah download....ak pun download, tapi tak baca...but mustahila engkau x tergerak hati langsung nak baca..serius, ak duk godek2 applikasi dalam handphoe nuhh...n bile ternampak je applikasi al-quran tu, akan wat bodo..but akan ada masanya kita akan buka juga..percayalaaa...

Al-quran tu xde la tebal mana kan, but why susah sangat nak habiskan...setiap bait puisi yang ada didalamnya indah..malah boleh buat kita terawang2....x percaya, cuba buka malam nie...satu juzuk jadilaaa...baca ketika suasana sunyi...dan alunkanlah suara kau sendirian...dengarkan setiap nafas yang dihelakan....engkau akan menangis...insyaAllah....bersyukurla sebab engkau dapat menangis menghayati kitab cinta Allah...

ok..kat sini ak nak kongsikan sikit adab2 ketika membaca al-quran..hope dapat dijadikan panduan bersama...btw, if ada kesalahan minta diperbetulkan sebab saya pun masih belajar membetulkan diri...insyaAllah.. 

 antara adab yang boleh diamalkan:
  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.


p/s: aku doakan moga tahun 2012 kita semua akan lebih baik jati diri, ditambahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhiran..insyaAllah...

You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...