Dapat email n soalan cepucemas dari Karangkraf....goshhh...

Thursday, October 13, 2011 Nizam Riadzi 0 Comments

                                                               Assalamualaikum...


Wahh...ari nie aku relek je asenye....duk dalam bilik sesorang x buka buku, x buka twitter, x buka blue...semua pun x buka just buka email n layan movie...semua pun movie.....my malas time datang...wahhh..trime kasihh...^^...but tengah duk malas2 nih, tetibe kan....usha la email satu persatu...ade 8 email baru....n salah satu datang dari wartawan karangkraf....ehhhh???....tu bukan syarikat majalah kee....uhukkkk

Terus aku buka godek2 email ape...tetibe ade soalan cepucemas dari dia....

Mahasiswa Bukan Sekadar Membaca, Betulkan Persepsi Remaja

Errkkkk...sejak bile aku masuk pertandingan soalan2 cam nih kat karangkraf nihh..goshhh, ape kess plak nihh...xpe2, belagak macho terus jawab dengan penuh mutu dan keunggulan....^^

copy paste je ok..malas type dah...:

                                   Assalamualaikum...

Setuju dengan tajuk yang diberikan...sememangnya Mahasiswa Bukan
Sekadar Membaca bahkan lebih dari itu. Presepsi remaja kini yang
rata-ratanya beranggapan mahasiswa hanya golongan "Ulat Buku" dan
"Kaki Study" adalah salah sama sekali. Di universiti kami diajar bukan
sahaja untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang di dalam bidang
akademik, tetapi turut diacu untuk membentuk sahsiah diri dan nilai
insan yang seimbang yang seterusnya akan membantu mengerakkan ekonomi
negara pada masa akan datang.

Remaja perlu faham, kalau hendak diikutkan sememangnya tugas mahasiswa
adalah untuk belajar, tetapi dengan belajar teori tanpa praktisnya
adalah sesuatu yang sia-sia. Kalau dahulu di zaman persekolahan kami
mungkin "disuap" oleh guru-guru...tetapi di universiti semuanya
sendiri. Mahasiswa perlu belajar untuk berdikari, belajar untuk
menguruskan masa sendiri. Dari sinilah kita boleh melihat sama ada
pepatah "Gagal merancang, Merancang Kegagalan" adalah sesuatu yang
releven atau tidak. Sememangnya bagi Mahasiswa, disiplin diri itu amat
penting.

Perjalanan hidup sebagai seorang Mahasiswa bermula ketika mula-mula
mendaftar, dan sememangnya diakui saya sendiri pada semester pertama
hanya fikirkan "AKU MASUK UNTUK BELAJAR"...Ya, sememangnya
belajar..tetapi saya telah belajar lebih dari itu...Di Universiti
Utara Malaysia, saya diajar untuk menguruskan program-program
peringkat kolej dan universiti sendirian dengan dibantu rakan-rakan
seperjuangan. Kami belajar bagaimana caranya untuk berurusan dengan
orang ramai, bagaimana caranya untuk menganjurkan sesuatu majlis,
bagaimana caranya untuk menghadapi tekanan antara pelajaran dan projek
yang terpaksa dijalankan. Semua ini tidak boleh didapati didalam buku,
tetapi hanya boleh didapati melalui pengalaman yang akan mengajar kita
cara untuk menghadapi kehidupan realiti nanti.

Persepsi remaja berkaitan mahasiswa yang hanya tertumpu kepada
pelajaran dan dunia membaca adalah salah sama sekali dan sememangnya
ianya harus dibetulkan. Dari pihak kami, sememangnya kami sedar dengan
isu yang telah dikemukakan , maka disebabkan itu, pihak universiti
sendiri telah memberi peluang kepada mahasiswa untuk cuba menyahut
cabaran ini dan membetulkan persepsi yang ditanggapi oleh golongan
remaja ini. Sebagai contoh Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional
(DPP TNB) Universiti Utara Malaysia dimana tempat saya menginap saban
tahun mengadakan kem "Perkampungan Ilmu" yang mana melibatkan
mahasiswa dengan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah. Objektif
kami adalah untuk memberikan gambaran dan sedikit pendedahan kepada
remaja tentang dunia kehidupan sebagai seorang Mahasiswa. Dari sini,
kami dapat membantu menjawab segala persoalan yang bermain difikiran
mereka.

Kebiasaannya para pelajar akan mula bertanyakan "Betulkah kehidupan
mahasiswa ini terlalu menekankan". Kami gembira menerima soalan
sedemikian kerana kami akan menjawab sebenarnya ianya adalah satu
cabaran secara mental yang perlu dihadapi oleh setiap mahasiswa.
Dengan adanya pengurusan yang betul, tidak akan timbul perkataan
"Stress" didalam kamus mahasiswa. Tetapi tanpa "stress" , mahasiswa
tidak akan dapat belajar cara untuk menghadapi tekanan yang mana pada
akhirnya nanti akan mengajar kita cara untuk menjadikannya sebagai
satu kuasa lonjakan positif didalam diri mahasiswa sendiri. Apa yang
penting adalah pengurusan masa dan disiplin diri yang tinggi adalah
amat perlu dalam diri seseorang mahasiswa.


Sekadar  pandangan dari seseorang yang bergelar mahasiswa. Terima kasih.

Ok...bile ak bace balik kan...erkkk, skema giler ayat..hahaha, dah la aku carut ape pun x sure...ape yg pasti ak pakai tulis jerkk...janji ak balas email die kan...^^.

p/s: die mintak jumpe...haruskah...goshhh...ade kelas lahh..(~ ~)!!!

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...