Jika Dia Bukan Pemilik Tulang Rusuk Kiriku

Tuesday, September 20, 2011 Nizam Riadzi 3 Comments

                                          Assalamualaikum...

Ya Allah, jika dia bukan pemilik tulang rusuk kiriku, Janganlah biarkan dia merindukan kehadiranku. Janganlah biarkan dia melabuhkan hati ini ke hatinya. Kikiskanlah personanya dari pelupuk mataku dan jauhkan dia daripada hatiku.

Dan Ya Allah, jika dia bukan pemilik tulang rusuk kiriku, Gantikanlah damba kerinduan dan cinta yang bersemadi didadanya  dengan kasih daripadaMu yang agung tulus lagi murni. Tolonglah dia agar dapat mengasihku sebagai sahabat tiada lebih.Permudahkanlah dia melupakan rasa kasih yang pernah tercipta  dihatinya agar tidak melebihi kasih sebagai seorang sahabat.

Tetapi jika benar Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah Ya Rahim, kau  satukanlah hati kami ini. Bantulah aku untuk mencintai , mengerti dan menerima dia seadanya. Berikan aku kesabaran ,ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya dengan cara yang diredhai olehMu.

Aku mohon Ya Allah andai dia sebenarnya kebahagian ku. Moga aku tidak mencintai dia lebih daripada aku mencintaiMu. Moga aku tidak merindui dia lebih daripada aku merinduiMu dan tidak pulak aku hanyut sehingga jauh dariMu.

p/s: minta maaf kalau ade yg terasa bahasa aku nie kasar n menguris hati...huhuhu...


You Might Also Like

3 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...