Tips kejutkan mber bangun sahur...

Thursday, August 11, 2011 Nizam Riadzi 2 Comments


                                    Assalamualaikum...

Amacam...da nak masuk ramadan ke 11 nihh...ade lagi tak mber2 korang yang liat semacam je nak bangun tido...klu ade yang dr korang yang tengah ade kat kampus tuhh..ahaha..nie la masanya korang nak praktikan tips2 berguna nihh...insyaAllah menjadi...tapi kalau x menjadi, aku sarankan korang panggil jelah tok2 imam n orang masjid semua datang, myb dah jadi kerja diorg untuk menguruskan..sebab ape, sebab Allah lebih menyanyangi mber korang tuhh...enjoy n make sure..praktikkan ok..^^



TIPS KEJUT MEMBER  BANGUN SAHUR

1-Panggil namanya perlahan-lahan sambil menepuk bahu.Janganlah main sergah, nanti anda kena pelempang atau penendang.Bak kata orang tua , biarlah beradab.

2-Goyang bahunya perlahan-lahan.Jaga-jaga ,bukan goyang gerudi tau.Time pagi ini ada ‘anggota’ badan yang sensitif , silap goyang …haru biru derr!!!

3-Ini adalah teknik yang paling berkesan , ambil air sejuk kemudian renjis di mukanya.Confirm , cepatlah dia tersedar dari tidur.Kalau dia masih takde reaksi , kalau nak jirus satu gayung pun boleh tapi cepat-cepatlah korang melarikan diri.

4-Pukul gendang di kawasan perumahan anda.Adalah sangat elok sekiranya majoriti jiran anda kesemuanya beragama islam.Itupun jika korang sanggup!

Fakta i beirut , seorang lelaki Lebanon, Mohammed Fanas, 61, sentiasa mendapat perhatian setiap kali Ramadan kerana kegigihannya sebagai Al-Musaharati yang mengejutkan orang ramai bangun untuk bersahur sambil membawa sebuah lantera dan memukul gendang kecil dengan kuat bertalu-talu.

5-Bunyikan jam loceng di telinganya. Kalau boleh , biar jam loceng digital yang berbunyi dengan kuat tu.Saya tak akan bertanggungjawab sekiranya rakan anda mengalami sindrom pekak telinga!

6-Sambil nak kejutkan kawan sambil pedajal diorang , apa kata kalau korang pegang kedua-dua kaki diorang kemudian tarik sekeliling bilik hingga ke ruang tamu.Lagi best , tarik sehingga ke dapur.

7-Ambil stokin busuk dan letak di hidung diorang.

8-Picit hidung dia kemudian lepaskan. Repeat sehingga 10 kali , kalau nak lebih pun tak apa.

9-Ambil kain dan bungkuskan kepala seperti hantu bungkus kemudian jerit nama kawan korang.Kalau diorang bangun , cuba tengok reaksi diorang, Ah! Mesti best ni.

10-Halakan kipas meja ke arah kawan korang.Biar dia sejuk menggigil.

11-Kalau pintu biliknya berkunci , ketuk kuat-kuat macam nak cari gaduh..kalau ada mercun baling bawah pintu..(elok sediakan pemadam api..hehe)

12-Anda boleh menyamar sebagai bapok dan buat aksi membelai mukanya dengan spender busuk.Ada dua kesan daripada tips ini , yang pertama member anda akan pulaukan anda dan satu lagi dia kejar anda sekeliling perumahan.

13-Ambil paku picit , geselkan di simen sampai panas kemudian tekapkan paku picit tu di lengan atau di mana-mana bahagian yang anda suka.

14-Sambil tergopoh-gapah mengejutkan kawan anda , anda jerit girlfrend nya dalam kecemasan.Confirm lah dia bangun.Sape tak sayang awek kan.

15-Dengan penuh lantang , sebutlah kalimah ” MAA RABBUKA” sambil menyeru namanya.Pasti , dia akan bangun dan segar-bugar terus.

p/s: amalkan ia dengan penuh berhemah ye...^^

You Might Also Like

2 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...