Simbah Asid...Suatu Hobi???

Friday, August 19, 2011 Nizam Riadzi 3 Comments

                                      Assalamualaikum...

Ntah macam mana aku leh terfikir nak buat entry nie, myb sebab banyak sangat kes jenayah sembah asid yang sedang berlaku di negara kita nie. Hari2 yang indah sekarang nie rasa macam tak selamat, nak pegi kedai seberang jalan pun rasa macam ada orang nak simbah asid dekat muka kita yang comel cun melecun nihh...

Masalahnya, kenapa diorang suke2 nak simbah muke orang...Adakah kerana diorg nie jeles dengan wajah orang tu yang lebih kacak or cantik dr diorg, or sebab dendam....n paling best ade yang saje2 nak simbah...HOBI orang cakap..ataupun itu dah jadi TREND semasa jenayah baru..Yelah, sekarang nie kalau tak ikut trend nanti dikatakan kolot pulak...

Tapi masalahnya sekarang, HOBI dan TREND yang sedang berlaku nie mengakibatkan mangsa yang terkena merana seumur hidup...Terpaksa berhabis duit, berhabis masa dan lebih teruk diorg mungkin menghadapi masalah bukan saja luarah malah masalah dalaman..trauma hendak keluar menghadapi dunia luar.

Apa dah jadi dengan negara kita. Asid nampaknya sudah menjadi satu permainan baru, simbah2 seperti suatu perkara yang menyeronokkan...tapi masalahnya bahan yang disimbah itu merbahaya...kalau nak bermain simbah kenapa tidak tiru pesta air songkla di Thailand saja...boleh jugak dijadikan tarikan perlancongan terbaru negara..tapi ini hanya menjadikan satu fenomena ketakutan terbaru negara....pelancong pun semua boleh lari...

Nak salahkan siapa sekarang nie..

Nak salahkan orang awam sebab tak berhati-hati???
-macam mana kita nak berhati2 kalau si penjenayah pandai berdrama...bukan salah kita nak tahu itu akan berlaku...kalaulah ada aplikasi android atau apple yang boleh mengesan kehadiran mereka mungkin boleh kita elakkan..tapi sekarang ini...hendak kemana saja rasa tidak selamat...

Nak salahkan pihak berkuasa???
-ntah...aku lihat diorg pun dah berusaha sebaik mungkin cuba mengesan si pelaku jenayah...tapi bagi aku hukuman penjara yang dikenakan tidak setimpal dengan hukuman yang terpaksa diterima oleh mangsa asid...sesuatu perlu dilakukan dalam undang2 negara demi menjaga perasaan keluarga mangsa dan diri mangsa sendiri...

Nak salahkan si penjenayah??? 
-mereka tidak bersalah, diorg cume mengunakan medium baru yang tersedia...satu aplikasi baru, senjata terbaru yang mudah di beli di kedai2 seluruh negara...

jadi...salahkan penjual???...
-penjual cuma tahu nak untung....semuanya duit...ada aku kisah engkau nak buat apa dengan asid tu...yang penting engkau minta, engkau bayar..tak kisah engkau nak beli asid nie sekati, setin,semangkok, selori..janji ada duit engkau bayar, aku bagi....janji untung..lain hal tolak tepi....

pengeluar kah puncanya...??? Apa fungsi asid sekarang nie...kalau dulu asid digunakan sebagai bahan pembeku getah bagi para penoreh tapi sekarang tidak..para penoreh sudah ada medium terbaru...sesuatu yang lebih selamat dan murah sudah digunakan...dan bagi para penoreh...KAU GUNA ASID, KAU KOLOT....

Bagi aku sendiri...pengunaan asid tidak seharunya dibiarkan mudah untuk dibeli dan didapati..seharunya ia menjadi bahan terkawal yang hanya boleh digunakan dan dikeluarkan untuk kilang2 kimia atau jabatan2 tertentu..dan bukannya dijual seperti ikan kembong di pasaran terbuka...Lesen penggunaanya turut perlu dikeluarkan...kalau dibiarkan terus bebas dipasarkan..jangan salahkan si penjenayah kerana memberikan satu lagi berita kejayaan mereka kepada pihak media dalam mengharu birukan keamanan negara....

p/s: asid ada gunanya, tapi gunakan untuk sesuatu yang berfaedah..macam ipad..boleh guna tambah amal dan ilmu...^^

You Might Also Like

3 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...