Lebih baik aku terjatuh...

Thursday, August 04, 2011 Nizam Riadzi 2 Comments

                                    Assalamualaikum...


Terfikir kejap...kenapa time terjatuh, time sakit, time susah..baru nak ingat yang dekat atas. Kenapa kalau waktu sihat, waktu megah berdiri di atas...waktu tu..langsung..langsung x teringat namaNya...


Lumrah manusia...mana ada manusia yang perfect....but can i asking something....sampai bila kite nak gunekan ayat...x semua manusia sempurna...


Biasalah kita lupakan dia, tapi biasa jugak bagi dia untuk sentiasa ingat kita...hemmm...Neraka tu kita tahu, dosa pun kita tahu, haram itu..hemm, kalau ajak berdebat...semua boleh jadi ustaz...tapi still ramai yang pilih nak jadi setan...


Minta maaf lah...aku pun jenis cakap x serupa bikin...bukan bagus sangat pun...tapi agak tersenyum bila ada status dari rakan fb yang aku rasa sesuai nak sentapkan semua .


"sampai je bulan ramadan...semua jadi alim, tahu je time azan maghrib..."


ringkas dan sangat sinis bagi aku...aku suka status tu...then,,aku terbaca banyak status fb dan twitter yang kecoh mengajak...


"jom terawih malam nih..."


syukur..aku suka jugak status macam nie, tapi dalam masa yang sama aku tersenyum sebab aku terkenangkan ayat cikgu f5 aku dulu...time tu bulan puasa..


"kamu semua saya nak pesan, memang bulan ramadan nie bulan berebut pahala, buat amal jariah..tapi jangan terlampau kejarkan yang sunat sampai lupakan yang wajib"


time tu kitrg dalam kelas still x berapa tangkap...n lastly baru paham...hahaha, terawih..wahh, ramai rajin nak rebutkan pahala terawih...but yang solat 5 waktu tu jage ke tak???...silap2 terawih je lebih...yang 5 waktu...huhuhuu...wallahualam..


Kan...perasan tak yang kite semua mmg suke macam tu kan, lupe memanjang..ehh..lupe ke, x2...bukan lupe tapi buat2 pejam mata...tahu ada dosa, tahu kalau buat dosa dapat seksa, tahu kalau kena seksa tu x best...but...ahakzzz....patutlah malaikat penjaga neraka mukanya ganas...sebab bengkek makin ramai yang mule tempah hotel kat situ...huhuhu...minta maaf kalau ayat aku nie ade yang x suke, but kadang2 kene cubit baru kite tersedar...toi tak..^^


btw...ak nak kongsikan satu artikel yang cukup best...mber plkn aku yang kongsi kat fb tadi...tq Ramdhan sebab postkan artikel tuh...^^



Lelaki Kacak bersama Jenazah.

Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"
namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.
p/s: kadang2 x salah kita saling mengigati kan....^^, salam ramadan

You Might Also Like

2 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...