Bila cerita pasal RAMADAN

Monday, August 08, 2011 Nizam Riadzi 0 Comments

                                    Assalamualaikum...


Ketika Hampir Ramadhan

-Hari- hari sebelum ramadhan kita dapat melihat berpusu-pusu manusia cuba memenuhi kedai-kedai makan steamboat atau grill atau apa-apa saja bagaikan kehadiran ramadhan adalah penutup nafsu untuk segala makanan atau minuman.Manusia akan dating beramai-ramai untuk memuaskan nafsu umpama mereka berpuasa dibulan ramadhan tanpa berbuka puasa.Adakala mereka makan dan minum seperti kelihatan tiada lagi kehidupan esok harinya.

Di awal Ramadhan
-Mereka berpusu-pusu ke masjid menunaikan terawih malah ada yang mengutamakannya berbanding solat 5 waktu.  Memang patut dipuji namun mereka mengharap pahala  dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh .Rujuk sini

Dek kerana perasan kononnya lebih memahami agama dari orang lain maka timbul perasaan bangga,riak dan takbur ketika mengerjakannya  lebih-lebih lagi apabila memandang sinis pada orang yang tidak dapat hadir sedangkan orang tersebut la yang menghidupkan diakhir-akhir ramadhan.

Di akhir Ramadhan
-Mereka sibuk  untuk menghiasi  dan mencantikkan rumah sehingga mereka lupa syurga Allah itu lebih indah (terawih /Amal Ibadat)  atau memperbaharui peralatan yang kononnya menarik dan canggih ,bukanlah kerana keperluan tapi hanyalah semata-mata mengharapkan pujian dan sanjungan orang-orang yang hadir ke rumahnya di hari raya nanti sehingga mereka lupa bahawa syurga Allah jualah sebaik-baik tempat. Disebabkan obses mengharapkan pujian-pujian inilah ada diantara mereka sanggup berhutang malah meminjam melebihi kemampuan diri untuk membayarnya semula.

-Mereka juga  berpusu-pusu membeli belah untuk persiapan raya  umpama kiamat bakal tiba keesokan harinya. Hinggakan pernah diceritakan perbualan antara orang- orang cina mengenai hari raya yang didengari oleh seorang melayu yang memahami bahasa cina tersebut.

“Penuh dengan orang melayu ! Kalau orang-orang melayu tiba-tiba bersatu mahu mengamuk dalam pasaraya ini pasti mati semua orang-orang cina  tapi tak mungkin mereka bersatu”

“Raya cina kita untung pasal semua orang melayu beli bekalan awal-awal pasal  kedai kita tutup lama,raya india kita untung pasal kita memang buka kedai tak tutup..raya melayu lagi untung pasal peniaga melayu pun beli sama kita,melayu biasa pun beli sama kita juga..semua raya kita untung..haha”

“haha..kita melayu bukan bodoh tapi tak pandai saja”


Adakah Aidilfitri juga sebenarnya untuk kita???


p/s: Cubit peha kiri, peha kanan pun terasa... Selamat berpuasa dan beramal dibulan Ramadan al -Mubarak kepada anda!

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...