Bila aku terjah bazaar : cerita tentang makanannya...

Thursday, August 11, 2011 Nizam Riadzi 1 Comments

                                     Assalamualaikum...

Ok...nie sambungan dari entry lepas...hemmm, so kalau nak cerita pasal makanan pulak...wowwww...bazaar ramadan memang syurga pelbagai juadah makanan....sebut aje...jeling kiri kanan...perhhhh..semua ada, dari yang sebiasa2 alam sampai ke yang pelik2...

Macam biasa...menu feveret time bulan puasa nie selalunya orang akan berebut2 nak cari ayam golek...x kire lah ayam tu bergolek style macam mne pon, janji die bergolek...ayam bogel yang seksi kulitnya, berkilat dengan aroma wangi baru dibakar....terbaek kan...


Lari pulak ke bahagian kuih-muih....tak payah nak cerita, pelbagai warna, corak dan bentuk....semua ada....dari yang berlubang macam kuih donut sampai yang berbunga macam kuih tapak gajah...ada jugak kuih yang pelbagai nama...contohnya macam kuih tepung talam...ada yang panggil kuih pelita..ada jugak yang panggil kuih sampan...usha sini. Tak kisah lah apa2 pun, ape yang pasti semua juadah tersedia...kita tinggal pilih saja...


Itu belum lagi bercerita tentang air soya yang menjadi satu kemestian pada pengemarnya...ataupun air cincau, air bandung, jagung mungkin...ahhh, entahlahh..pelbagai perisa sampaikan keliru mata nafsu hendak memilih....


Semestinya pengalaman melangkah ke bazaar ramadan merupakan suatu pengalaman yang berbeza...bukan selalu kita dapat berbuat demikian kan...Setiap langkah akan diiringi dengan godaan warna makanan yang menarik...serta aromanya yang begitu menusuk kalbu....kalau ikutkan nafsu yang membuak...silap2, boleh habis satu bazaar ramadan hendak diborongnya...

Namun beringat2 lah....kadang2 apa yang kita beli tu semata2 kerana nafsu...bukan kerana kemahuan kita sebenarnya...kita terpedaya dengan nafsu sendiri hinggakan habis semuanya mahu dibeli...tidak sedar ditangan sudah mula terasa perit mengangkat makanan lain yang sudah dibeli...

Pada aku...kita sungguh bertuah...bertuah kerana kita rakyat Malaysia mewah dibanjiri makanan....beringatlah pada saudara kita yang mungkin berada di Somalia yang kini menghadapi masalah kebuluran...sehinggakan hendak minum air pun terpaksa tadah air kencing sendiri...Ini realiti, kalau ada yang hendak berkata itu sesuatu yang menjijikkan , namu sedarlah ianya sememagnya sedang berlaku...Berjimat2 lah ketika berbelanja...jangan membazir, belilah ikut sekadar yang bersesuaian..Lagipun esok ada lagi, makan sebelum kenyang...so nanti xde la susah nak tunaikan Solat Sunat Terawih...toi tak...^^

p/s: kadang2 aku keliru nak pilih air mana, memang cukup mengoda...

You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...