Berakhir sudah ramadan..pasti akan aku rindui

Monday, August 29, 2011 Nizam Riadzi 1 Comments

                                        Assalamualaikum...

Esok raya...suasana sekitar aku sekarang nie memang meriah...bunyi mercun sana sini bergema, terdengar jugak laungan takbir raya yang begitu mengamit halwa telinga...syahdu mula terasa....dan dalam sedar atau tidak, berakhir sudah rupanya ramadan tahun ini.

Alhamdulillah, syukur aku panjatkan sebab tahun nie sekali lagi aku diberi kesihatan dan kesempatan untuk menjalankan ibadah berpuasa dengan sempurna...InsyaAllah aku berdoa moge2 tahun mendatang akan diberikan lagi kesempatan kepada diri aku untuk merasai kenikmatan bulan penuh berkat ini.

Sepanjang bulan ramadan, pelbagai perkara yang aku lalui dan membuatkan aku terfikir untuk mempelajari sesuatu yang cukup bererti bagi diri aku. Aku belajar bertapa aku masih terlalu banyak kilafnya, aku masih kurang sabar...ada saja rasa tidak puas hati yang melanda diri aku setiap hari. Almaklumlah, aku berniaga di bazaar ramadan, pelbagai gelagat dan ragam manusia aku perhatikan...daripada yang seindah alam sehingga kepada sesuatu yang diluar kotak pemikiran aku, semuanya berlaku.

Aku bersyukur kerana diberi kesempatan itu untuk aku melihat dan memerhati apa yang belaku, aku melihat semua itu sambil cuba membandingkan diri aku...Lebih baikkah aku, atau bertapa rendahnya diri aku...Semua itu benar-benar mematangkan aku....

Kalau sebelum ini aku boleh dikatakan berdabir dada kerana aku lengkap sempurna, rupanya tidak...ak jauh tersasar dari andaian...Syukur aku tidak jauh tersasar lagi dan kali ini diberi kesempatan untuk mengenali diri aku sebaiknya dan bermusabah diri sebaiknya. InsyaAllah segala pengajaran yang aku lalui sepanjang bulan Ramadan lalu akan aku peraktikan sebaiknya untuk diri aku yang baru.

Ramadan kali ini sebenarnya begitu istimewa...setelah bertahun, akhirnya seluruh ahli keluarga aku bersama menyambut lebaran dan mengerjakan ibadah puasa bersama untuk seminggu terakhir ramadan....dan semalam aku diberi kesempatan untuk menjadi imam solat terawih yang kami adakan di rumah sahaja bersama semua keluarga...Syukur aku ucapkan...

Puasa kali ini juga benar-benar melimpahkan zat nikmat yang tidak terperi...Setiap hati keluarga aku akan dilimpahi dengan pelbagai jenis jamuan yang pelbagai diberi oleh jiran-jiran niaga....Ada sekali aku pernah tersentuh, ak buang nasi hampir setiap hari dan hari itu ketika aku mahu menanak nasi, hati aku tersentuh...menangis aku seketika....syukur aku melihat rezeki yang diberikan Allah S.W.T kepada keluarga aku...Merah mata  aku petang itu...

Apa yang pasti keluarga aku kini mula belajar bertapa kami semua perlu bersyukur...bertapa besarnya nikmat yang diberikan Allah S.W.T kepada keluarga kami....Kami berdoa semoga tahun akan datang kami masih lagi bersama dan diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan Bulan Penuh Berkat ini...InsyaAllah...

Salam Rindu Buatmu Ya Ramadan...

p/s: Selamat Hari Raya kepada semua esok...^^

You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...