Segmen Reaksi: Perhimpunan Bersih??? REAKSI ANDA!!!

Monday, July 04, 2011 Nizam Riadzi 4 Comments

                                             Assalamualaikum...

Tonight ak tergerak hati nak tulis luahan hati aku tentang apa yang aku rasa tentang BERSIH.

Im sorry...for me, anda salah...BERSIH....apa maksudnya, adakah benar semata2 untuk memBERSIHKAN SISTEM PILIHAN RAYA atau nanti hasilnya penuh KEKOTORAN kerana tumpahnya darah sesama sendiri...

Aku bukan ahli politik yang nak berkempen, aku cuma seorang pelajar yang masih mahu belajar, aku cuma seorang rakyat yang mahu negaranya terus aman dan makmur...ak kecewa bila 2 pihak yang berebutkan MADU sanggup mengerah tenteranya sendiri yang selama ini saling berkongsi BUNGA kini mula bertelagah...dan hasilnya nanti mungkin BISA sendiri yang MENYEGAT KERAJAANnya...dan yang sensara adalah RAKYATnya yang hanya inginkan keamanan...

Maaf ak bersuara, jangan kerana marahkan nyamuk habis kelambu hendak dibakar, jangan kerana perselisihan kecil habis segala usaha selama ini hendak dipersia. Tidak cukupkah teladan yang kita pelajari dahulu...peristiwa 13 Mei, Krisis Perak dan bermacam lagi....cukup-cukuplah kita hendak berbalah dijalanan....hendak bertentang matakah, bertanding laungankah, bermegah maju dan bennerkah...dan nanti hasilnya...apa???

Hendak bersuara ada banyak caranya, hendak berdebat ada banyak jalannya...tidak perlu sehingga maruah sendiri tergadai terabai...Jalan-jalan itu maruah kita, ianya NADI kita...LENSA MATA mana yang tidak memandang, tidak terakam...Dunia kian kecil, batuk diutara terus terdengar di selatan...

Kalau dulu kita bermegah dengan aman makmurnya kita, kalau dulu kita bermegah bertapa berbilang kaumnya kita, kalau dulu kita berbangga bertapa demokrasinya cara kita...kenapa kini kita tidak mampu berbuat begitu...Hendakkah kita menjadi seperti negara jiran kita yang berlawan sesama sendiri...Kerana nila, rosak susu sebelangga??? itukah yang kita mahu....???

Entahlah...aku cuma suara kecil yang hendak bersuara...Aku mahukan BERSIH yang "BERSIH", bukan BERSIH yang boleh "MENGOTORKAN MARUAH NEGARAKU"....Aku impikan kedamaian yang lalu, kedamaian yang masih boleh diselamatkan...

p/s: kenapa perlu begitu???

You Might Also Like

4 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...