Surat untuk Abah

Sunday, July 17, 2011 Nizam Riadzi 3 Comments

                                        Assalamualaikum...

Abah...minta maaf abah,
abang tak pernah tulis surat untuk abah...
Abang takde alamat rumah abah...
Lagipun kalau abang tulis, abah tak reti baca dan bukan tentu surat abang abah akan suruh mak cik atau adik-adik bacakan...

Takpelah...abang nak tulis jugak,
biarlah abah tak dapat baca..tapi abang nak tulis..manalah tahu, mungkin suatu hari abah akan terbaca surat abang nie.

Abah, 
Sebentar tadi abang terdengar Kak Ngah berbual dengan Kak Long dekat talefon...Kak long cakap abah datang rumah kak long dekat perlis. Syukur, tersenyum kejap abang dengar berita tu...Kak ngah pun terkejut tadi macam mana abah boleh sampai ke rumah kak long sebab sebelum nie abah mana pernah angkat talefon kalau kami telefon abah.

Anak abah ada perlawanan rupanya dekat perlis. Owhh..patutlah abah singgah rumah Kak long. Tapi abah, rumah kak long tu kecik je, dia sewa rumah orang...rumah kampung, mak cik boleh ke tidur dekat tempat macam tu..ada banyak nyamuk lagi. Abang harap, mak cik tak sakitkan hati kak long, cukuplah selama nie kami terima.

Abah,
Kalau abah ingat...abah ada 4 orang anak lagi...Abah ada Kak long, Kak Ngah, Abang dan adik....dan entahlah..mungkin abah dah lupakan kami, yelah anak-anak abah yang sana kan lebih penting, kami nie siapa. Minta maaf abah kalau abah terasa.

Abah,
Raya dah nak dekat, bulan depan ramadhan...abang tak ingat bila kali terakhir abang datang rumah abah nak beraya. Abang bukan tak mahu pergi beraya dekat rumah abah, tapi kalau abang datang, abah mesti tak ade dekat rumah dan kami macam orang luar. Duduk diruang tamu sejam dua takde orang yang datang melayan. Memanglah kami bukan anak raja, tapi kami anak abah...bukan tetamu. Owhh, silap abang, minta maaf abah..itu rumah abah dengan mak cik..kami cuma datang beraya...cuma tetamu yang tak diundang. Minta maaf abah sebab menganggu hari-hari bahagia abah dengan keluarga.

Abah,
Macam mana persembahan anak abah yang sorang tu, mesti abah bangga dengan dia kan..adik abang yang seorang tu...hemm, entah dia anggap abang nie abang die ke tidak ye..tak apelah..abang tak kisah. Abah, abang minta maaf sebab abang tak mampu nak banggakan abah macam apa yang anak abah buat. Abang bukan pemain basikal macam anak abah tu. Mak tak mampu nak belikan abang basikal mahal macam tu dulu. Mak cuma mampu belikan buku-buku terpakai untuk abang dan adik. Dan terima kasih untuk buku-buku tu, abang dapat keputusan cemerang setiap peperiksaan dulu. Abah tak tahu kan, minta maaf abah sebab abang tak bagi tahu abah...

Abah,
Tahu tak sekarang abang dah nak habis belajar universiti, ada 2 semester je lagi abah, dan adik pulak ada 4 semester lagi. Terima kasih dekat mak sebab mak sanggup jual rumah yang dia beli hasil titik peluh dia untuk sekolahkan kami. Abah, kami bukan tak mahu minta duit dekat abah, tapi kami tahu...mak cik akan marahkan abah, lagipun kami nak jumpa abah pun susah...abah kalau jumpa kami pun abah lari duduk jauh-jauh, elakkan diri...kami tahu abah, kami selalu menyusahkan abah...minta maaf abah.

Abah,
Dulu abah ada berikan adik motosikal, tapi abah tahu tak motosikal tu dah lama mati rodtax...adik bawak moto tu pegi balik kampus dia abah. Adik dalam keadaan bahaya abah, kenapa abah tak berikan rodtax dekat adik sekali...betulkah abah beri motosikal tu dekat adik atau abah nak ambil balik. Takpe abah, kalau abah nak motosikal tu abah ambik jelah, abang boleh jual laptop abang nie untuk keluarkan motosikal baru untuk adik dan abang macam biasa, abang naik bas je. Abang dah biasa.

Abah,
sememangnya dalam hati kecil nie terluka...kami adik beradik adah abah tapi hakikatnya kami mati. Abah, kalau abah nampak kak long tersenyum itu sebenarnya tangisan dia, kalau abah nampak kak ngah ketawa itu sebenarnya lakonan yang dibuat-buatnya dan kalau abah nampak adik terdiam itu tandanya dia tidak mampu lagi bersuara  dan abang, abang hanya perhati dari jauh...sebab abang tak mungkin mampu untuk berjumpa dengan abah lagi.

Abah,
Andai abang pergi dulu sebelum abah, abang nak abah tahu abang tetap sayangkan abah. Tolonglah abah, cukuplah abah buat kami adik beradik macam nie tapi tolong jangan buat cucu-cucu abah macam orang asing. Kami tak mahu harta abah, kami cuma mahukan abah. Kalau mak cik begitu risaukan harta abah akan kami ambil, suruhlah dia berfikir siapa yang merampas abah dari kami.

Abah,
Mungkin abah berjaya mengelakkan diri dari kami tapi kami nak abah tahu yang kasih kami tak mungkin akan hilang untuk abah biarpun dalam hati mula berdarah.


sekian...
dari anakmu yang tak mampu lagi berbicara...

You Might Also Like

3 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...