Dasar Babi!!!!!!

Thursday, June 09, 2011 Nizam Riadzi 1 Comments

                                 Assalamualaikum...

Ok, entry kali nie bukan la pasal ape sangat pun...kalau korunk bce tajuk..mesti ingat ak nak carut gaduh ngan spe2 kan...yelah bila sebut je babi, orang kita sudah mula cakap...ha, kes gaduh la tu..nak ngumpat le tu... rasa geli geleman bagai.. Ada yang rasa hendak muntah.. Bila terasa hendak memaki, babilah binatang pertama yang terlintas di fikiran.. Bila anak-anak kecil menyebut babi, diajarnya untuk menyebut 'ba alif ba ya'..tapi masalah n persoalannya la kann....ehem2...

Hina sangatkeww babi?



Adakah babi hina kerana mereka menjadi tuan rumah kepada Taenia solium? Jika begitu lembu juga hina kerana menjadi tuan rumah Taenia saginata.. Adakah babi hina kerana mereka menjadi tuan rumah kepada T. spiralis? Jika begitu tikus juga perlu dihina sebegitu rupa kerana sama-sama menjadi tuan rumah parasit tersebut.. Adakah babi hina kerana dikenalpasti sebagai punca merebaknya selsema babi? Jika begitu, ayam dan burung juga perlu diharamkan kerana pernah dahulu menyebabkan penyakit selsema burung.. Adakah kerana semata-mata rupanya yang hodoh? Babi tidak pernah minta lahir ke dunia sebegitu rupa.. Allah yang menjadikannya hodoh sebegitu..

Ya benar babi merupakan salah satu daripada benda yang diharamkan oleh Allah untuk dimakan di dalam al-Quran.. Namun Allah tidak pernah sekali-kali menghina ataupun melaknat spesis babi itu sendiri..

Menyentuh babi pun tidak berdosa, hanya najis.. thus tidak ada satu nas pun yang menyebutkan bahawa mereka yang menyentuh babi perlu membasuh tangan mereka dengan air tanah dan sebagainya.. Hanya para ulamak yang mengkiaskan kes menyentuh babi dengan menyentuh anjing.. Namun bila seorang pelajar veterina Melayu beragama Islam menyentuh babi, umat Islam satu Malaysia melenting mengatakan perbuatan itu 'menghina Islam'..

Ustaz Salman Maskuri menulis di dalam blognya, "Setengah orang melayu tidak menyebut babi dan meyebut khinzir sedangkan tidak ada hukum menyatakan haram menyebut babi. Setengah orang melayu juga menyebut ba alif ba ya, sedangkan Nabi tidak pernah menyebut kha nun zai ya ra. Mereka tidak rasa bersalah ketika mengumpat tetapi rasa bersalah bila sebut babi.",,hemmm..babi sangatt...oppsss....

********

Umat Islam bukanlah umat pertama yang diharamkan untuk memakan babi.. Bani Israil dahulupun ditegah untuk memakan babi dan menggunakan lemaknya... Nabi Muhammad sendiri tidak pernah membunuh seekor babi pun ketika tempoh hidup beliau.. Sedangkan Jesus diriwayatkan di dalam New Testament [Matthew 8:28-34] pernah melakukan pembunuhan babi secara besar-besaran. Maka orang-orang Kristian sepatutnya berasa lebih geli terhadap babi daripada orang Islam sendiri.

ak pernah terbaca orang-orang kita menulis tentang babi dengan menggambarkan seolah-olah babi ini sangat hina sehingga Allah 'menghukum' mereka dengan menyebarkan selsema babi melalui perantaraan mereka.. "Kill kill die die ba alif ba ya", seolah-olah Islam menggalakkan pembunuhan babi sesuka hati....haiiyooo..pleass lahh, jangan nak tertutup sgt la otak tuu....

************

Babi juga makhluk Allah seperti kita, malah kromosom mereka merupakan kromosom yang paling mirip dengan kromosom manusia... Dalam sesetengah kes 'liver failure' atau kegagalan fungsi hati di hospital, hati babilah yang digunakan untuk menggantikan fungsi hati manusia sementara menanti hati manusia didermakan serta dipindahkan.

Babi tidak hina. Jangan hina babi. Sepatutnya kita perlu berterima kasih kepada babi kerana menyelamatkan nyawa saudara-saudara sespesis kita. Hindari sahaja dari memakannya.

You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...