Dialah Jodohku...

Tuesday, June 14, 2011 Nizam Riadzi 4 Comments


                                Assalamualaikum...

pagi2 buta nie ak nak kongsi satu cerite yang agak menarik...alah,cerite pasal kitew2 yang nak pilih balas2 n aweks2 d luar sana..hohoho...

Ok2..nak mula nie...bismillah...hemm, ok..kite semua sedia maklum setiap hidupan di muka bumi nie dijadikan berpasang-pasangan...so, x kira la lembu ke, semut ke, kite ke...semua dah ditetapkan jodoh...tapi, kalau setakat duk dalam bilik je harapkan jodoh dtg x boleh gak kan..hehehe...so ape ciri2 nak cari bakal laki n isteri...

kalau tanya, kompom2 ramai yg cakap..euwww..ak mau yg muslimah, hormat org tua..bla bla blaaaaa....tapi pasangan kite tu dah ok kew???..hahaha...jap2, usha balik...hemm...kite pilih die sebab ape yerkk..sebab ayat die, muke die, poket die...or hati die???

Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.
Antara pujian itu:
"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."

"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."

Mesti rasa  bangge semacam je time dapat pujian cam tu..abis koyak2 seluar mengembang kann. So, dengan penuh riaknye jugakle ari2 usung jalan sana sini, pegang2 tangan..."nanti u hilang...i tak mau kehilangan u...WTF!!!"..hahaha

Hari2 keluar dating, ngadapla muke yg same tu...hufttt... x kira siang malam, yang penting bahagia...happy jiwa...weeee.

Tapi ak mau tanyala kann...rasa seronok n bahagia sangat ke kalau setiap hari keluar dating? Hemm...Itulah lumrah pasangan berkasih, sehinggakan lupa segala syariat dan hukum Allah S.W.T....(ewahhh...ustazah sangat ak kann..hehehe)


Bak kate Nora Danish gedik nie...

"hidupkan hanya sekali, yang penting kite ENJOYYY"

Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat!!!!,so nanti time kat Karnival Jom Himpun kat akhirat tak de le banyak masalah, baru nak masuk ZONE OK, dah ade ROADBLOCK la pulak...skali tengok kesalahan belai RAMBUT...perhhhh...x ke rasa macam nak tampo2 diri time tu...huhuhu. 
Kalaulah pasangan yang dipilih tu x cantik, x pandai bergaya biarpun perhhh seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti ko ase terseksa kan, walaupun ko tau awek tulah pilihan yang terbaik dan menjamin Syurga buat korunk berdua..
Antara kejian itu:
"Takde orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la."

"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman lah bro.."

"perhh..muke kalah BAKEKANG (cite filipino..hehehe)"

Mesti sakit hati bila lakhanat2 tu p wat stment kejian mcm 2? Perhhh...ko hinggat ko DIVA nak kutuk2 orang, cermin muke la woiii....kalau cantek pun, hati tahap longkang x bersih sedekad ape cite baii...ish2...
Orang jenis nie lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah S.W.T dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan Iblis Syaitan laknatullah.
Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.
Tentu kita bersungut andai ajakan kita tidak dapat dipenuhinya.

Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tidak cantik pada rupa paras, tetapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh di dada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan. (perhhh....ayattt...weeeeee.....jangan terkesima..wahahaha)

Ok, tadi lelaki, nie time pompuan pulak...hemm, same jewww..hahaha...time nak pilih balakss or scandalsss, gigurls mesti mau boboy yang handsome, bergaya dan kaya.


Dalam hati perhhh....berbunga2 dahhh...kalah NORA ELENA...weeee...kate ape, balaks aku HOT, STYLO N ATM FULL...WTF...hahaha. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua sambil duk pejam mata nyanyi lagu acha buah dah...BERDUA LEBIH BAIK...weee...lihat awan di sana..ewahh..hehehe. Nak2 lagi best, mber2 keliling, mak cik jiran semua bagai pakat duk puji dah nie haaa.
Antara pujian itu:
"Hebatnya kamu, dahlah 'handsome', bergaya... 'loaded' lagi"

"Kalaulah aku dapat, bahagianya hidup".

"uishh, pandaii ko pilih jantan Tipah oii....muke ko ala2 Cipan nie dapat jantan Hot..kaye plak tu....Curlllasss...."
Dalam hati tak terkata, betapa bangganya memiliki pasangan hot package mcm tu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan.
Well skrg ini zaman serba maju, ada facebook,ade twitter, ade blog... handphone, semuanya hanya di hujung jari, semuanya boleh jadi..trime kasih MAXIS...(bil bulan nie x bayar lagi..goshhh). Siang keluar dating, malam pun keluar dating, bila tiba larut malam sambung lagi golek2 atas katil dengan smscall n ber-chatting di facebook smpai jam 3 - 4 pagi. Tak jemukewww cik Kiah ooooo? Heyy...of cos nott..hahaha? Bila diri dilamun cinta, hati takkan jemu meluahkan rasa rindu.

Kalau balaks yang dipilihnya tak handsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun seorang muslimin sejati, berkopiah bagai   tentu malukan? Ya lah, pasangan orang lain semuanya handsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita...

Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah S.W.T. Tentu bosankan? Asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.
Inilah pasangan yg tbaik untuk kita, mungkin Allah S.W.T dah tetapkan untuk kita, supaya kita x terus hanyut dgn godaan Iblis Syaitan. Allah S.W.T nak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka.
( ok...jgn manyak munyikkk...ngah pakai lebai niehh...weeee)
Di dunia kita tidak merasai azab Allah S.W.T, sebab itulah kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan sahaja. Kalaulah Allah S.W.T turunkan azab-Nya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia, apakah yang terjadi kepada kita? Sama-samalah kita bermuhasabah diri..
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik... Terbaik dari segala hal... Duniawi mahupun ukhrawi... Kelak dirimu bahagia.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik... Soleh dan solehah... Mukminin dan mukminat... Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat... Bahagia dunia dan akhirat.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik... Baginya dunia hanya sementara... Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi... Untuk menuju ke syurga Allah.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik.... Al-Quran jadi panduan hidup... Sunnah Rasulullah menjadi ikutan... Moga kekal di dunia hingga ke akhirat...

kerana diriku hambaNya: sekadar sedikir perkongsian ilmu...^^ ...

You Might Also Like

4 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...