Terminal Bas Cangih sedia beroperasi..

Saturday, January 01, 2011 Nizam Riadzi 0 Comments

Salam...ollaa...hehehe, nak tau tak..artikel yang nie Nizam suke sangat...cos ianya melibatkan teknologi, kemodenan n sesuatu yang mengambarkan Malaysia makin maju loll...hahaha...nak tau ape yang Nizam maksudkan...nie die..Terminal Bas Canggih Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).


Ok, terminal nie dah pun bermula operasi diorang bermula hari ini...sekali lagi...HARI INI...1.1.2011...hahaha, so korung2 yang duduk dekat dengan area Tasik Selatan best la, lepas nie kawasan tu mesti lagi sesak..wakakakaka....sedey2, tapi takpe.korang ade terminal bas tercanggih pertama negara...Nizam pun jeles ngan korang tau, tapi xpe...Ipoh on the way jugak..sedang dlm proses je tu..hehe...


jejantas antara KTM n Terminal Bas

tempat duduk yang selesa

woo, nie terminal bas ekk, bukan lapangan terbang...canggih kan..

Hemm, mesti dak-dak negeri lain cam Nizam nie jeles gak..huhuhu..Macam mana kitorang tak jeles, if terminal nie macam lapangan terbang n terminal kitorang macam adoyaii...tak tau nak cakap lah, harga tiket sama..sape tak bengkek kan..but, from info yang Nizam dapat, ada 3 lagi negeri yang sedang dalam proses pembinaan terminal macam nie, antaranya Ipoh Perak...(tempat mike nie...howyehh), Butwrh Penang, n S.Petani Kedah..Negeri-negeri lain tak tau la pulak, xde info pon...huhuhu...

Pas nie sesapa yang dari area berdekatan boleh la menikmati kemudahan canggih yang telah disediakan kerajaan kita..Malaysia makin maju. Nizam pernah nampak terminal macam nie dekat London dulu..memang sama sangat...akhirnya Malaysia ada gak kan...hehe..nie ade cikit trivia pasal TBS-BTS nie..;p

Trivia:
Mulai 1 Januari 2011, Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) akan mula dibuka dan beroperasi sepenuhnya kepada orang ramai terutama mereka yang ingin ke selatan semenjung. Terminal yang dianggar berharga RM570 juta mula dibina pada 2008 dengan dilengkapi kemudahan moden, dijangka dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada pengguna berbanding terminal sebelum ini.

Bagi memastikan kelancaran perjalanan yang lebih selesa, terminal ini dihubungkan dengan Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) , Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur. Dibina di kawasan seluas 19.6 hektar, bangunan TBS-BTS, mengandungi enam tingkat termasuk 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta termasuk parkir khas untuk wanita. Sebanyak 1,800 tempat duduk disediakan di aras tempat menunggu bersaiz 170,000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti;
  • Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam.
  • Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online 'e-ticketing' melalui www.tbsbts.com.my.
  • Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
  • 19 kaunter tiket yang disediakan untuk membeli tiket.
  • Enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau 'touch n go'.

  • Sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.
  • Kemudahan seperti restoran, kemudahan mesin juruwang automatik (ATM), bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi sertaperkhidmatan WiFi.
  • Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
  • Ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang di mana di atas tiket tertera nama dan nombor kad pengenalan penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas itu.
  • Perkhidmatan 'Usher' di setiap aras bagi membantu penumpang OKU dan penumpang warga emas bermula mereka membeli tiket hingga menaiki bas.
  • Langkah keselamatan dengan memasang 500 kamera litar tertutup (CCTV) , 250 polis bantuan bertugas membuat rondaan di setiap tingkat dan pos polis disediakan di kawasan parkir.
  • Penggunaan teknologi hijau dan mesra alambanyak digunakan seperti lampu yang digunakan adalah mesra alam serta terdapat 'Central Vacuum System' untuk memastikan sampah dibuang di tempat yang betul
  • Hentian rehat bas dilengkapi dengan stesen minyak, surau dan kantin.   

Amacam, teruja tak..canggih kan...hemm, untuk makluman tambahan, orang Ipoh umumnya, terminal kita dijangka siap tahun nie dalam penghujung bulan April nanti...Hope so la kan, tapi tak tau la...Nizam buat k/p haritu, macam tak ada ape pon...terbengkalai je..hahaha...cam sipot, rancangan hebat..menara itu ini, komuter bagai..dah macam Singapore...but..entahla...just wait n see...;p

p/s: sampah jangan buang merata-rata ya...jge kebersihan


You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...