Perjalanan balik rumah….sensitif la pulak..hehe

Monday, December 20, 2010 Nizam Riadzi 0 Comments



Buat sekian kalinya, Nizam balik ke rumah untuk cuti semester. Yelah, semester tiga dah pun berakhir, so balik cuti la kan. Lepak dalam sebualan je…tak lama pun…huhuhu. Hemm, apa yang sensitifnya…hahaha, ok actually time nak balik tu, Nizam naik bus Transnasional. Nizam memang selalu naik bas tu, cepat and Nizam dah tau mane2 senang kan..lagi pun dah biasa orang kata. Hem, nie bukan la nak cerita pasal bas tu, but pasal apa yang berlaku dalam bas tu.


Nak dijadikan cerita, dalam bas tu ada la satu family nie. Diorang memang agak menarik perhatian Nizam n tak semena2 Nizam boleh tersensitif la plak…cewaahh…hehe. Ok..Sepasang suami isteri dgn dua anak perempuan dan seorang hero diorang lah. Biasa la kan, budak2 kecik lagi..so memang agak bising n kecoh la dengan suara budak2 tu. Nizam senyum je lah, memang Nizam minat budak pun, lagi pun Nizam dah biasa dengan teletah budak2 cam nie. Klu nak diikutkan, anak sedara Nizam lagi la mengila…hahaha, mau menangis Nizam nak melayan diorang.


Ok, back to the story. Dah beberapa ketika bas tu bergerak. Budak2 tu pun diam la kan, keletihan, pakat duk lentok tidur (aman la kejap). Nizam pun cuba nak lentok but tak boleh, yelah…Nizam memang jenis tak reti nak tidur dalam kenderaan, nak tgk jalan…so Nizam peratila sekeliling n for sure lah duk tgk family tu..duduk depan Nizam je. Nizam tengok si ibu duk sakan peluk erat anak kecil die. Letak kan bahu lengan dia n dodoikan…hemm…mesti lenguh punya sementara si bapak pulak, duk layan yang hero tu. Hero tu tak tidur, duk main2 ngan abah dia. Mengadu sakit mulut bagai.


Nizam dapat lihat kasih ibu. Penat macam mana pun, dia tetap cuba lindungi anak dia dan bagi keselesaan dekat anak tu. Time tu, Nizam teringatkan Mak. Hemm, banyak yang dah mak buat untuk Nizam. Kalau tak disebabkan mak, mustahil lah Nizam boleh belajar dekat Universiti nie. Nizam perhati bapa budak tu, setia layan anak dia, tak marah pun. Yelah, setengah bapak tu kan garang, mesti la letih kalau anak duk tanya itu ini, but si bapa senyum je layan anak dia. Nizam teringat time Nizam kecik2 dulu, time first day Nizam nak ke sekolah, abah Nizam pakaikan stoking dan kasut dekat kaki Nizam. Sambil pakaikan tu, abah ada cakap “ Nanti izam belajar rajin-rajin, bila dah besar jadi orang yang berguna ya..ingat jangan lupakan abah bila abah dah tua”. Nizam jadi emo kejap bila teringatkan semua tu. Bukan apa, selama nie, Nizam Cuma ingatkan memori tu je dengan abah. Nizam takde memori lain dengan abah. Bagi Nizam tu adalah memori peribadi yang paling indah buat Nizam.


Mesti korang ingatkan abah Nizam dah takde kan. Nope, he still alive n ada dekat je dengan kawasan Ipoh nie, tapi terasa macam jauh berbatu2. Entahlah…abah dah kawin lain sejak Nizam kecil lagi thus time memori tu pun memang abah dah kawin dengan orang lain. Abah dengan mak dah lama berpisah. Diorang maybe tak rasa apa2 dan tak tahu apa yang Nizam rasa sebab Nizam nie jenis happy go lucky thus kadang2 Nizam suka pendam n diamkan je. Kalau Nizam sedih sangat Nizam lebih suka baca Yassin n berdoa. Yelah, baik mengadu dekat Allah dari manusia. Kalau dengan Allah, tak payah nak malu2 sebab Allah sendiri dah tahu b4 Nizam nak cerita. Betul tak.


Nizam rindu abah. If he know about this..hemm. But anyway…bila duk lali2 dah tu kan, sedar2 dah nak sampai. Hahah…at last, penat pungkok duk dalam bas tu lama2….akhirnya sampai jugak.;p Alhamdulillah, syukur selamat sampai…;p


p/s : hope abah happy ngan family n anak2 d sana…

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...