Saat Rindu Terhenti :2

Sunday, July 04, 2010 Nizam Riadzi 0 Comments


Beratus batu dari cinta ibu, berjauhan menimba ilmu , bermimpi mengubah khayalan di impi kepada suatu realiti yang masih tidak pasti. Iskandar jauh dari keluarga. Jauh dari ibu tua. Hidupnya kini berdikari, sendiri. Berbekalkan kecekalan dan keazaman, dia kini mampu berdiri mencapai citanya belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Syukur dipanjatkan. Sering dia alpa, sering dia gagal dengan janji-janjinya, tapi maha Berkuasa Tuhan yang Satu tetap bersamanya. Iskandar menangis kala malam, melihat bintang kerlip gemilang, ditemani hembusan bayu malam yang kadang-kadang sejuk menusuk tulang-temulang. Kagum dengan kebesaran Ilahi, nikmatnya dunia , nikmatnya hidup biarpun sebahagian dirinya sebenarnya cacat.

2 tahun berlalu, kini masuk tahun terakhir. Iskandar masih berjuang menuntut Ilmu demi masa depan keluarganya. Ibu yang jauh dari pandangan seringkali dikenang. Namun, adakala dia sendiri tergelincir dengan kehidupan kampus. Kehidupan yang mana anak-anak muda berada mula menunjukkan kemewahan keluarga. Adakala terlintas difikiran, dia lebih berada namun mungkin bukan rezkinya. Dia lebih mewah tapi bukan miliknya. Seandainya keluarganya tidak terbelah dua. Seandainya bapanya masih mengigati mereka. Seandainya.

Petang yang damai. Cantik daun-daun kering yang gugur ke tanah. Merimbun ditiup angin. Pepohon dedaun kuning itu mengkhayalkan sesiapa yang memandang. Iskandar selalu khayal dengan keasyikan dedaun yang gugur menari cantik jatuh ke bumi. Dia masih ingat, hari pertama pendaftarannya ke Universiti. Dia seorang diri, tidak berteman sesiapa. Jatuh air mata ibu tua mengenang nasib anak yang sepatutnya gembira berteman keluarga, tapi sendiri berangkut barangan ke stesyen bas untuk mencari ilmu di negeri orang. Luluhnya hati seorang anak bila mengenang bapa yang diharap ada disisi ketika dia ingin mengejar mimpi tidak muncul diri. Biarlah, kata hati kecil namun siapa yang tahu didalam lubuk hati seorang anak.

Masih dia ingat saat setibanya dia di Universiti. Sesak. Ramainya orang. Mewahnya kereta. Beratus keluarga.  Kala ramai remaja sebayanya bersama keluarga, dia hadir sendiri menaiki taksi yang disewa. Malu pada awalnya, tapi dia pandai berpura. Teman baru ditemui di kamar kecil. Teman baru yang bersama keluarga. Tersenyumnya sendiri, nasiblah dia tiba awal, dia berpura keluarganya pulang kini. Tidak mahu berharap simpati, tidak mahu dilihat lemah. Pandangan mata itu boleh melemahkan semangatnya. Dia perlu berpura. Berpura gembira mewah dalam syahdu kasih cacat jiwa. Biarlah...

Itu kisah yang lalu, jeritan suara memanggil namanya. Hilang lamunan kenangan pedih. Tersenyum melihat rakan-rakan yang ada disisi. Mereka semua tertipu. Mereka semua tidak mengenali aku. Mereka semua sekadar teman disini. Aku tiada sahabat. Aku sendiri. Kadang kala, Iskandar merasa dirinya plastik semata. Tidak mampu menjadi diri sendiri. Bukan niatnya untuk berbohong, namun dia perlu berjuang. Dia perlu  berjaya. Kebenaran akan melemahkannya. Kebenaran akan melihatkan pandangan mata hina, pandangan mata kasihan simpati, pandangan mata serong. Kakak-kakaknya mengalaminya, dan dia tidak akan biarkan semua itu berlaku pada dirinya. Sememangnya Iskandar bukanlah Iskandar. Namun, Iskandar masih Iskandar, Iskandar anak seorang perempuan tua yang bercekang mata membuat kuih diwaktu pagi, yang menahan perit mentari berniaga lauk di pinggir jalan, yang membanting tulang berniaga goreng pisang dikala petang dan yang menyimpul kuih kasih untuk dijual dikala malam. Dimana waktu rehatnya. Wajah, suara, ketawa, gembira anak. Itulah rehatnya. Bertapa kelegaan akan hadir di dada bila semua itu terpancar, bila semua itu hadir.

Indah lelap lena tidur, bangun hirup nafas segar. Bisikan syair surah kitab, memecah hening pagi syahdu. Memuja kebesaran Ilahi. Segala resah gelisah, segala cerita suka duka, disitulah tempatnya Iskandar mengadu. Bukan tidak mahu dikongsi bersama ibu, namun, biarlah ibu tua itu tenteram mendegar dirinya sihat bahgia biarpun adakala dia sendiri berlapar perut kerana tiada duit untuk dibawa belanja. Kewangan sememangnya menjadi suatu beban. Namun tidak pernah diminta-minta. Dia diamkan saja. Teman melihat dirinya berada, namun sendiri dia sensara. Syukur dikuatkan Iman, dia bukanlah anak yang lupa asal usulnya. Tidak malu bercerita tentang ibunya, tidak kisah berkongsi kisah sedihnya. Namun dia masih perlu berpura-pura, tidak mahu pandangan mata itu hadir melemahkan dirinya...

Kasih saudara tidak terputus, biar berpecah mulut, biar berlebam muka, namun ada selaput lembut didalam hati yang keras. Ismail, anak bongsu, adik degil yang sering menjadi teman bertumbuk, teman bermain. Seorang adik yang kini berkorban untuk abangnya. Berkorban masa depannya sendiri dengan harapan abangnya mampu membawa sinar bahagia yang diimpikan mereka sekeluarga....

bersambung.......

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...