Ketika Hati Berbisik :2

Friday, June 25, 2010 Nizam Riadzi 0 Comments


Senyuman manis terukir tidak bererti senyuman jugalah yang terukir di dalam hati. Didalam hati yang sunyi tiada siapa yang tahu apa isinya. Hanya Dia dan Maka Pencipta yang mengetahui bertapa luluhnya hati tiapkali memikirkan suatu cerita cinta yang didambakan. Bertuturlah cinta terucap dari satu nama, mengalirkan tangis menyujud kasih, tiadalah cinta yang mampu aku ucap selain doa ikhlas dari seorang hamba kepada Tuhannya yang satu.

Jujurku pada Dia, Maha Pencipta. Dia ada disampingku. Kala aku gembira, kala aku berduka, Dialah yang sentiasa dekat dihatiku. Lumrah fitrah manusia, aku tidak terlepas dari buaian dosa. Alpa dengan keasyikan dunia adakala menyebabkan aku terleka dan lena dalam dosa. Nyenyak hingga tika aku sedar dari mimpi aku telah jauh sesat dari jalannya yang lurus. Tapi Dia masih di situ, merestui aku, melinndungi aku, membantu aku, hambanya yang Hina. Sememannya aku tiada punya kasih seorang lelaki yang aku damba, tapi aku punya kasih Maha Pencipta, aku punya kasih wanita tua.

Hati kecil ini pernah memberontak. Siapa diriku ?. Apa asalku?. Siapa keturunanku?. kerana suara jahat itu pernah berkata " hey dia anak haram"....JIWA mana yang tidak tersentak, hati mana yang tidak berdarah, mata mana yang tidak berair. Lelaki kerdil ini sendiri menangis melihat wanita tua itu dihina kerana cuba membela dirinya, wanita tua itu dipijak, ditendang kerana membela anaknya. Dan aku, terdiam kaku tidak berguna, tidak bernyawa melihat ibu sendiri dihinjak-hinjak, dicaci hina didepan anak mata. Sememangnya aku tidak mahu api amarah itu menyelubungi diri, menghantui jiwa, namun ia seakan marak keterlaluan tidak terdaya dipadam....dan bila suara lelaki hebat yang dicuba telifon untuk meluah duka, tidak berjawab...abaikan saja, lupakan saja...APA ITU SEMUA ??? Diakah lelaki hebat yang aku dambakan kasih, yang aku panggil abah. Lelaki hebat yang tidak mahu sedikitmu mengambil kisah tentang keresahan dan kedukaan yang ditanggung anak-anaknya. Owhh...tidak, silap aku..aku yang tersilap, bukan anaknya, tapi kami bekas anak-anaknya. Biarlah...biarlah masa menentu segalanya...

Aku mendogak wajah ke atas, ku kira bintang yang indah berkerdipan. Aku hayati keindahan pancaran rembulan. Aku sedut dalam-dalam hembusan dingin malam. Sejuk salju menyelimuti tubuhku. Aku tahu kini aku adalah aku. Bukan aku yang lama, yang mengharapkan, yang mendambakan bantuan kasih seorang lelaki yang tidak pernah kunjung tiba. Biarlah. Aku kini semakin matang, semakin faham kerana api yang membakar diri membuatkan aku menjadi besi yang terutuh untuk aku terus maju kehadapan. Wajah wanita tua itu yang aku bayangkan, peluh tua itu yang aku azimatkan, keringat tulang temulannya yang membantu aku untuk terus mara kehadapan. Ibu tua yang tidak pernah jemu mencari kerja, berusaha memenuhi lautan kasih yang sengaja dibiarkan kontang oleh seorang lelaki gagah yang tidak berguna akhirnya.

Sejadah merah sering kuhamparkan, ku sujudkan dahi memuja illahi. Mencari nur kasih yang abadi. Kupohon tabahkanlah diri, kuatkanlah iman, semoga kan hadir sinar kasih untuk diriku agar dapat kulemaskan selautan cinta untuk wanita tua yang kugelar ibu..........

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...