Sama2 Kita Renungkan...

Sunday, April 25, 2010 Nizam Riadzi 0 Comments

(W): Saya bawa kawan.


Lina (L): Kenapa datang dua orang? W: Tak apa. Lepas sampai hotel kawan nak pakai kereta jumpa kawan dia.


L: Kita nak pergi hotel mana? W: Hotel ***** L: Janji 2 jam RM500 tau.


W: Iyalah. Eh... awak pakai tudung? L: Habis itu, abang tengok saya pakai apa? W: Tak sangkalah pula.


L: Memang kalau di luar saya pakai tudung. Masuk spa, tukar bajulah.


W: Baju seksi? L: Iya. Nak tarik perhatian pelanggan.


W: Lama dah kerja? L: Tak sampai setahun.


W: La... baru lagi. Kenapa kerja macam ini? L: Nak ‘support boyfriend’ belajar kat ‘overseas’. Saya pun sebenarnya nak sambung belajar juga.


W: Bohonglah.


L: Kalau abang tak percaya sudahlah. Boyfriend saya baru belajar dan saya kenalah tolong. Dia belajar kat Australia, kos tinggi di sana.


W: Kenapa buat macam tu? L: Kami dah bercinta sejak sekolah lagi, saya buat semua ini untuk dia. Dia bagi jalan, saya buat. Saya bukan baik pun.


W: Banyak ke dapat duit kerja macam ini? L: Kalau ikutkan, apa yang saya bagi dah lebih daripada cukup, buat kerja ni pendapatannya lumayan tetapi saya juga perlu simpan duit untuk sambung belajar di kolej nanti. Sebab itu saya buat kerja lebih masa dan terima ‘outcall’ (perkhidmatan di luar) pelanggan.


W: Lumayan ke? Berapa banyak awak boleh dapat sebulan kalau macam tu? L: Boleh tahan, untuk satu pelanggan saya dapat komisen RM100, kalau ada 10 pelanggan sehari ‘income’ dah cukup banyak dah. Biasanya saya kerja 20 hari je sebulan, kurang-kurang pun boleh kumpul RM10,000 sebulan. Kalau kerja lebih, boleh dapat banyak lagi.


Namun kena juga bagi tips kat kapten (bapa ayam) setiap hari. Sehari saya biasanya bagi RM50 hingga RM100, itu tak masuk bayaran tetap untuk kapten yang ‘jaga’ saya di sini. Sebulan saya kena bayar RM3,000. Itu tak termasuk ‘income’ ‘outcall’, saya boleh dapat ekstra RM5,000 sebulan.


W: Kata tadi nak sambung belajar, kat mana? L: La... dah bagitau tadi nak belajar kat kolej, kat mana tu abang tak perlu tahu. Apasal banyak tanya sangat? W: Saja.


L: Saya tak sukalah banyak tanya macam ini.


Selepas mendapat maklumat dikehendaki, wartawan memberitahu tidak jadi hendak melanggannya. Lina marah dan meminta RM500 seperti dijanjikan.


Pada mulanya wartawan hanya mahu memberi RM50, tetapi Lina berkeras mahu lebih daripada itu kerana jika tidak, dia tidak mahu turun, malah mengugut mahu menghubungi samseng.


Selepas bertegang urat 15 minit, Lina meminta dibayar RM200 dan dihantar ke lokasi dikehendakinya.


w=wartawan, L =lina

korang faham apa yang aku nak sampaikan..cerita nie ak ambil dari harian metro 25.4.2010. Memang sedih, ntah kenapa akal ada tapi campak kat laut kot. Agak2 korang la akn, perempuan tu bodoh ke cerdik..Jantan yang die kata BOYFRIEND tu lelaki ke setan agak2..korang sendiri faham la kan. Aku yang lelaki pun bengkek ngan cerita cam nie. Bukan ape, sebagai lelaki ak tau la yang laki tu sedang peralatkan pompuan tu..Woi, die kat Australia ngah cari LUBANG mat salleh la.."sorry bahasa kasar" tapi dah itu realitinya.

Kepada semua gadis2..percintaan memanglah sesuatu yang indah, namun kalau terlalu taksub dengan cinta manusia , inilah padahnya..janganla korang terpedaya sangat dengat pujuk rayu lelaki nie. Bukan apa, bukan semua jahat macam dalam cerita nie..ada jugak yang nakal2 tapi ikhlas cintai korang. Sebagai lelaki, kami memang ada 9 akal n 1 nafsu..tapi kebanyakan dari kami sekarangnie yang aku nampak la, banyak gune nafsu dari aka..so sebagai peneman hidup..kalau die kamu cintai, dan lihat perangainya x elok..ubahla die ke arah kebaikan..jangan biar die yang ubah kamu..Cinta tu ibarat angin..datangnya tak menentu..kalau salju, sedap la layan..tapi bile dah ribut..huhu..sendiri mau ingatla...

Harapan Nizam just satu jew..ambil lah cerita nie sebagai iktibar..Bukan ape, kita tak mau la kita baca cerita cam nie kita nampak kesan buruk n kebodohan minah nie..but tanpa disangka, kita sendiri tngh n sedang terjerumus ke arah yang sama. Tidakla hendaknye. InsyaAllah...

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...