HIMPUN (HIMPUNAN PATRIOT NEGARA)

Monday, April 12, 2010 Nizam Riadzi 2 Comments

Selama 3 hari 2 malam..ya itulah masanya aku n rakan2 yang lain ditempatkan di Kuala Nerang, Kedah. Kami siswa siswi semua dikerah berhimpun kat sana. Bukan untuk berperang, atau jadi buruh paksa, tapi untuk menjadi satu lagi kumpulan siswa yang akan menghayati apa itu erti dan semangat sebenar MALAYSIA.

Dijemput ke sini memang sesuatu yang tidak aku harapkan pada awalnya, tapi sekarang aku bersyukur sangat. Semuanya aku telah ubah. Presespi awal aku telah jauh berubah. Sememangnya program seperti ini bukan sesuatu yang boleh kita jangka sebelum kita sendiri rasai dan alaminya. Sama seperti PLKN dulu, aku betul2 tak suka bila nama aku antara yang tersenarai kena pergi PLKN. Ye lah, aku bukannya jenis student yang suka aktiviti luar time tu, plus ak nie jenis pemalu ya gaban. Tapi, Alhamdulillah, aku betul2 bersyukur sebab terpilih. Aku dah jadi orang baru, bukan lagi pemalu, lebih berfikiran tajam dan mampu menyuarakan pendapat serta memimpin orang lain. Itulah aku sekarang. Program HIMPUN antara program yang menarik dan boleh aku banggakan.

Progran HIMPUN nie lebih ke arah semangat cintakan negara. Ianya banyak membuka mata dan minda aku. Aku sendiri makin tertarik dengan semua nie. Time ari pertama pergi HIMPUN, waaa..memang rase agak segan, beg aku leh tahan besar but ade yang lagi besar dari aku..hahaha..anyway sume barang yang aku bawak aku guna..kira sesuai ngan bajet2 aku la..hehe

Sepanjang prgram tu, aku ditempatkan pada 2 kumpulan. Kenapa dua dan bukan satu macam yang lain ek ??? Hehe, actually, group ak ade masalah cikit bile fasilitator kitorang ade emrgncy case, so group 10 kne pecah time PDK (perbincangan dalam kumpulan) je, but time senam2 kitorang still satu group. X berapa gembira sebab x kenal diorang serapat boleh, but still happy cos jmpa n dapat kumpul lagi ramai ahli. Ye lah, ak kne masuk group 14 plak..same ngan IPIN..;P

Actually ak minta nak masuk group 15 same ngan KROL, tp stategi x menjadi la plak..hoho, so hampeh..tp best gak, x la melekat je ngan mamat seko tu..haha..sahabat ak yang agak mereng.en Khairul..

Sepanjang program tu, kitorang ade time PDK, RIADAH N MOVIE TIME. PDK banyak membuka minda kami sebagai mahasiswa pemangkin dan pemimpin negara akan datang. Kami diberi peluang untuk berbincang, bernahas dan bernalah, situasi yang menyeronokkan..dan RIADAH..senaman yang melucukan..habis lembut badan aku berjoget..macam2 lagu diorang sediakan..memang best..n Movie time, HATI MALAYA 1957..orang cakap cerita tu terlalu berat n sukar nak faham, tapi dari situlah kita dapat memahami apa itu perjuangan dan situasi yang berlaku. Mungkin tidak benar seperti realiti, tapi sekurang2nya, kita semua faham dan terdetik biarpun sedikit semangat cintakan negara. Aku sendiri suka dengan cerita tu..;p

Tido kat sane lagi best dari kat DPP asenye..haha, bukan ape, bantal n tilam die lembut beb..sedap tido..haha..memori yang tercipta selama beberapa hari tu akan aku kenag..bukan ape, ak lgsung x gambar kot..huhu..x tau nak ambik gambar ape, sumenya macam x menarik jew...x lokasi n time yang betul2 best..well..just ingat kat memori..

Akhir kata, aku doa moge2 MALAYSIA akan terus aman makmur dan terus maju, moge tiada lagi peristiwa perit itu, bukan saja di MALAYSIA, tpi kat seluruh dunia jugak...dan, semoga persahabatan kami semua sepanjang program tu akan diteruskan..Amin..

You Might Also Like

2 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...