rindu pada ABAH...

Thursday, February 25, 2010 Nizam Riadzi 1 Comments



Pagi ini aku tersenyum sendiri. Entah, tiba-tiba aku teringatkan dia. Insan yang pernah menjadi kekuatan bagi diri aku. Aku terlalu sayangkan dia. Aku kini di university. Alhamdulillah, cita-cita dan impian aku tercapai akhirnya. Aku bersyukur padamu ya Allah. PadaMu tempat untuk aku mengadu, bercerita, meminta. Kau sentiasa bersamaku biarpun aku sering melupakan Mu ya Allah. Pagi yang memenatkan, sepanjang malam aku tidak tidur kerana membaca buku. Hemm..nanti nak exam undang-undang, harap-harap apa yang aku baca sepanjang malam tadi dapat dimanfaatkan nanti time exam. Amin.Aku sebenarnya teringatkan ABAH. Entah, mungkin aku rindukan dia. Abah tiada di sisi aku, dia dengan keluarganya. Xpe, aku faham, lagipun aku dah biasa..dah tiada apa-apa makna. Cuma hari nie, myb aku just emo ckit.Haha, entah kenapa aku teringatkan Abah.

Aku ingat lagi time first time aku nak masuk sekolah. Waktu tu tahun 1996. Aku nak masuk darjah 1 hari tu. Aku tak ingat apa perasaan aku time tu, tapi yang aku ingat sampai sekarang, Abah adalah orang yang memakaikan aku kasut sekolah pada hari itu. Aku lihat aja Abah. Aku x ingat sangat apa yang Abah katakan pada aku time tu, tapi aku masih ingat yang dia ada berkata-kata sesuatu pada diri aku. Hemm, mungkin Abah cakap supaya aku belajar rajin-rajin, jadi orang  yang berguna bila besar nanti..haha, macam ibubapa yang lain. Abah yang hantar aku pergi sekolah hari tu. Aku masih ingat bekal pertama aku..bekal warna kuning. Dalam tu Mama letakkan sandwich dan sebiji epal hijau. Aku tak makan pon, myb aku terlalu risau pagi tu, aku makan time Abah n Mama ambil aku dari sekolah time balik. Aku ingat lagi, time nak balik tu,aku nampak Abah n Mama dekat luar kelas. Diorang naik kereta. Aku apa lagi, terus berlari keluar kelas, tapi tiba-tiba ada orang tangkap aku. Haha, cikgu rupanya..X boleh balik lagi, kena tunggu berbaris dalam kelas dulu then baru balik..;P, hem ..rindu aku pada masa tu.

Mama bukanlah ibu kandung aku, dia ibu tiri aku. Abah dan mak dah bercerai time aku usia 3 tahun, aku x pasti apa sebabnya. Yang aku tahu, aku dah duduk dengan Abah time tu. Tapi sekarang aku duduk dengan Mak. Aku saying sangat kat MAK..MAK adalah segalanya bagi aku. Kalau x Mak ak x tahu apa yang akan terjadi pada diri aku..haha, emo pulak.Abah sekarang aku tak tahu. Aku langsung tak tahu apa-apa tentang dia. Entah kenapa semua nie berlaku. Aku terasa jauh sangat dari dia. Entah, biarlah..yang pasti aku tetap sayangkan dia dan ikhlas dari hati aku yang keras nie, aku sayangkan dia. Semoga dia ingat dan tahu mana kesalahan dia dan aku sudahpun maafkan dia. Abah, Nizam sayangkan Abah.

You Might Also Like

1 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...