rindu tanpa kusedari..

Monday, January 04, 2010 Nizam Riadzi 0 Comments

Malam kelmarin, nizam bermimpikan arwah atuk n nenek nizam...dalam mimpi tu suasana dia di kampung..tapi berbeza sangat dari kampung nizam yang sebenar..hem myb sebab its just mimpi kan..
tapi..bila nizam teringat balik tentang mimpi nizam tu, sebenarnya ada maksud yang tersirat yang mungkin boleh nizam kongsikan bersama koeang semua.

Dalam mimpi tu, nizam n adik sedang bermain..kitorang masih kecil lagi..myb dalam umur 11 tahun macam tu..kitorang tengah main air dalam tandas..pancut-pancut air paip..wah..memang semua tu pernah terjadi dalam memori zaman kanak-kanak nizam..rindu sangat dengan time tu..:p

But, ntah macam mane, tetibe mimpi tu tunjuk yang kitorang dua beradik dah bergaduh besar..myb ade la hal nye tu..then ada seorang pak cik tetiba muncul n tnjukkan kat kitorang sebuah telaga buruk...telaga tu dah berlumut..myb sebab dah lama tidak digunakan..n nizam cuma dapat faham maksud yang cuba disampaikan...
Telaga tu dah lama..air dia pun x digunakan lagi..sampaikan dah berlumut..tapi..bila air tu diceduk..cantik jernih je air tu...Pak cik tu cakap, walau seteruk mana pun saudara kita, sebenarnya dia suci sebab dia dalam diri kita..ntah..nizam cuma faham walau apa pun yang terjadi antara kita adik beradik..kita tetap akan rindukan satu sana lain..:p

Dalam mimpi nizam, arwah atuk n nenek just lihat je telatah kitorang berdua...seronok dapat lihat atuk n nenek duduk kat atas para di bawah pokok sanbil tersenyum melihat telatah kami berdua.

Nizam sekarang dah besar..so nizam n adik beradik jarang berjumpa...ye lah..masing-masing sibuk dengan hal sendiri..myb sebab tu tiba-tiba malam tu nizam mimpikan adik..adik lelaki nizam 2 tahun muda dari nizam..insyaAllah nanti dia sambung belajar lagi..same macam nizam...hem..myb nizam rindukan zaman kanak-kanak kan..
but, anyway..nizam suka mimpi tu..ajar nizam supaya sentiasa ingat yang air dicincang tidak akan putus..dan mungkin inilah yang menyebabkan rindu yang tidak nizam sedari...

adik..abang sayang kamu.

You Might Also Like

0 lemas bunyi blubblub:

Salam...trime kasih sudi taip sini...